>> Wednesday, 14 December 2011

Salam semua. Rasanya dah lama aku tidak menulis dalam blog ni. Dan ada yang mungkin terperanjat kerana aku mula berbahasa Melayu. Sejak kebelakangan ini aku sangat sibuk sekali dek hal-hal yang berlaku di sekeliling aku. Hari ni aku ade mase yang terluang, jadi teringat pulak kat blog aku yang x seberape nih.

Dah lama x update blog jadi blank plak kepale otak nih. Dah x tau nak tulis ape. Tinggal lagi beberapa hari lagi dah nak masuk tahun baru 2012. Pasti setiap dari korang ade azam untuk tahun baru nih. Azam aku pada 2012 ni ialah aku nak pendapatan aku berganda dari sekarang...... hahaha. Tapi kalau nak cerita pasal azam ni rasenye lambat lg la. Aku citer lain la pulak.

Aku nak citer pasal tempat keje aku la. Nak dimulakan cerita, boss aku esok nak ke Taiwan. Katenye nak belajar. Dah tua-tua nak belajar lagi. Hahaha.... tapi ok ape belajar. Kate orang timba ilmu biarlah hingga ke liang lahad. Sebenarnya setiap saat dari kite sedang belajar. Cuma ia bergantung pade benda-benda di sekeliling kita. Kalau x banyak mesti ade sikit benda baru yang korang belajar kan. Dan mungkin korang x sedar sebenarnya korang sedang belajar. Aku pun hari ni sedang belajar lagi. Hahaha... belajar membahagikan masa aku di tempat kerja dan kat rumah.

Penat pulak la rasenye malam ni, esok aku sambung lagi la. Hari pertama setelah lame x update blog ni agak blur. Mungkin esok aku ade idea sikit-sikit yang mungkin aku boleh kongsikan bersame korang. Jumpa lagi esok.

Selamat malam.

0 comments:

About This Blog

  © Free Blogger Templates Digi-digi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP